Jenama Swarovski bermula pada hujung abad ke-19 oleh seorang warga Austria bernama Daniel Swarovski yang telah mencipta mesin pemotong automatik. Pada tahun 1892, beliau telah mempatenkan ciptaan tersebut yang seterusnya menyumbang kepada pembuatan barang kemas daripada kristal timah hitam. Beliau telah memperbaiki dan memperhalusi teknik pemotongan kristal sehingga kristal jenama Swarovski menjadi kristal terbaik dan tercantik di dunia. Rahsia kristal Swarovski, yang juga dikenali dengan kristal Austria, selain daripada kemasan potongannya ialah ia lebih berkilau dan mempunyai koleksi warna yang lebih pelbagai. Walaupun ia dipanggil sebagai kristal, ia tidak dibuat daripada batu kristal semulajadi, malah sebenarnya kristal Swarovski adalah 100% buatan manusia. Kristal Swarovski diperbuat daripada campuran gelas dan 32 % oksida timah hitam (lead oxide). Campuran yang tepat tersebut menghasilkan lebih kilauan dan keaslian warna kristal Swarovski. Ditambah dengan kualiti pemotongan yang lebih halus serta suntikan teknologi baru seperti salutan AB menjadikan kristal Swarovski lebih berkualiti dan lebih popular.
Sekian info yang ada. Selamat bershopping

Malaysian Ringgit Converter




0 comments:
Post a Comment